Friday 6 February 2015

kek (1)

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T.
SELAMAT PAGI DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PEMBACA-PEMBACA (WALAUPUN MASA KAWAN-KAWAN BACA NI BUKAN WAKTU PAGI LAGI TETAPI SAYA BUAT ENTRI NI PADA WAKTU PAGI).

BELEK -BELEK GAMBAR-GAMBAR LAMA TERJUMPA GAMBAR KEK HARI JADI.

JADI, PAGI NI TERASA NAK BUAT ENTRI PASAL KEK.

KEK ADA PELBAGAI JENIS, BENTUK, WARNA, RASA DAN DISEDIAKAN UNTUK PELBAGAI AKTIVITI ATAU MAJLIS SEPERTI HARIJADI, PERKAHWINAN, PERPISAHAN ATAUPUN SEKADAR UNTUK MAKAN-MAKAN SAHAJA.

SEBENARNYA KASIH LANGSUNG TAK TAU CARA BUAT KEK. KALAU NAK MAKAN KEK BELI JE. BILALAH KASIH NAK PANDAI BUAT KEK YE?

KEK HARI JADI 
Kek harijadi Fitri umur 2 tahun
Kek harijadi Zikry umur 4 tahun


Kek merupakan bentuk roti atau makanan seperti roti. Dalam bentuk moden, ia biasanya pencuci mulut dimasak manis. Dalam bentuk yang asal, kek biasanya roti goreng atau kek keju, dan biasanya berbentuk cakera. Menentukan sama ada sesuatu makanan yang diberikan patut dikelaskan sebagai roti, kek, atau pastri boleh menjadi sukar.

Kek moden, terutamanya kek lapis, biasanya mengandungi campuran tepung, gula, telur dan mentega atau minyak, dengan beberapa kelainan yang juga memerlukan cecair (biasanya susu atau air) dan agen penaik (seperti yis atau serbuk penaik). Bahan perisa seperti puri buah-buahan, kacang, buah-buahan kering atau halwa, atau pati buah sering ditambah, dan banyak bahan-bahan utama boleh diganti. Kek sering diisi dengan buah-buahan diawet atau sos pencuci mulut (seperti krim pastri), ais dengan butterkrim atau icing lain, dan dihiasi dengan marzipan, tepi berhias atau halwa buah-buahan.[
Kek sering menjadi pencuci mulut pilihan selepas makan di majlis-majlis upacara, terutamanya majlis perkahwinan, ulang tahun, dan hari lahir. Terdapat banyak resipi kek sehingga tidak terkira, ada yang seperti roti, beberapa jenis berlemak dan rumit, dan banyak yang telah berabad lamanya. Membuat kek tidak lagi proses yang rumit, pada suatu masa banyak kerja diperlukan bagi menghasilkan kek (terutamanya mengepuk buih telur), peralatan membakar dan arahan telah diringkaskan agar tukang masak yang paling amatur masih boleh membuat kek.

 KEK CAWAN (CUPCAKE)
Kek hari jadi Kasih ketika berumur 23 tahun yang ditempah oleh kakak ipar.

Kek cawan (Bahasa Inggeriscupcake, fairy cake) ialah kek kecil yang disediakan untuk seorang dan biasanya diletakkan dalam cawan kertas. Seperti kek besar yang lainya, aising dan lain-lain hiasan, seperti taburan diletakkan bersama kek.
Kek ini selalunya disediakan semasa berlangsungnya suatu sambutan, seperti majlis hari jadi. Kek cawan adalah pilihan mudah bagi kek kerana ia tidak memerlukan pinggan, perkakasan, atau membahagikanya kepada beberapa bahagian kerana saiznya yang agak kecil. Kek cawan yang pertama, dicipta pada awal tahun 1800-an.
Kek cawan biasa selalunya dibuat menggunakan bahan yang sama seperti kek biasa yang mana mengunakan bahan seperti mentega,gula, telur dan tepung.

Di sini Kasih sertakan sekali gambar-gambar kek menarik yang sempat Kasih google pagi ini. Memang menarik.Rasa lapar pula pagi-pagi ini. Selamat menjamu mata.




        











SEKIAN SAHAJA.
SALAM SAYANG,
KASIH DI AWAN BIRU.








Thursday 5 February 2015

SUSHI (1)


ASSALAMMUALAIKUM W.B.T





Nampak tak gambar apa ni? Inilah gambar sushi. Hehehehhe.. memang favourite Kasih. Kasih paling gemar sangat sushi ikan salmon yang warna oren. Rasa semua sushi2 ni memang power dan ada kelas tersendiri. Pulut yang digunakan juga sangat sedap dan terasa kesegaran kualitinya. So, hari ni kasih nak share sedikit sebanyak info berkenaan sushi yang Kasih dah cari dari Wikipedia.




Sushi (鮨 atau 鮓 ataupun 寿司) ialah makanan tradisional yang paling popular di Jepun, dan kini turut digemari di seluruh dunia. Ia diperbuat daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut, sayuran atau telur. Inti tersebut boleh mentah, dimasak atau diperam. Asal-usul sushi tidak diketahui, tetapi teknik peraman ikan bersama nasi dipercayai berasal di Asia Tenggara pada abad ke-5 sebelum masihi. Dua aksara Cina untuk perkataan 'sushi', bererti 'ikan terperam' pertama digunakan di Jepun pada abad ke-8. Yohei Hanaya yang membuka gerai sushi di bandar Edo pada tahun 1800-an dikenali sebagai pencipta sushi gulungan tangan, atau nigiri sushi. Nigiri sushi kemudiannya menjadi lebih popular semasa zaman Perang Dunia Kedua.



Penyediaan sushi memerlukan beberapa pekakas dapur yang penting seperti pisau yang tajam (hōchō), batang chopstick (sai bashi), kain (fukin), dan beberapa alat-alat khusus seperti mangkuk kayu (hangiri), sudu nasi yang leper (shamoji), tikar gulung(makisu), dan kotak tekan sushi (oshibako). Ramuan penting termasuklah nasi jenis Jepun (kome), rumpair laut kering (nori), wasabi,kicap (shōyu), halia peram (gari), cuka nasi (su), sake, mirin, dan lobak putih (daikon).




Sushi berlainan dari segi bentuk dan ramuan, tetapi nasi merupakan bahan yang sentiasa dimasukkan. Kadangkala dua sushi yang berbeza mempunyai ramuan yang sama, hanya berbeza dari segi penyediaan.
  • Nigiri-sushi
  • Temaki-sushi
  • Maki-sushi
  • Oshi-sushi
  • Chirashi-sushi
  • Temari-sushi
















Kebanyakan kedai makan Jepun yang menghidangkan sushi tidak menyediakan menu untuk pelanggan. Jika dibandingkan dengan struktur menu yang biasa ditemui, hidangan Jepun tidak mempunyai susunan hidangan yang khas. Sushi boleh dimakan dengan tangan bagi mereka yang kurang selesa dengan batang chopstick. Di restoran Jepun, pelanggan yang ingin menjamu dengan tangan diberikan tuala basah sebelum hidangan. Mengikut pantang-larang di meja makan Jepun, makanan yang diberikan dengan kayu chopstick kepada penerima yang berkayu chopstick dipandang rendah kerana ini dianggap membawa malang. 






Sekian sahaja sedikit perkongsian dari Kasih. Nak makan sushi carilah yang HALAL.



SALAM SAYANG,
Kasih Di Awan Biru.

Friday 30 January 2015

Alyah - Kisah Hati (AJL 26)





Lirik Lagu Kisah Hati – Alyah



Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya